[CLEARANCE SALE] 32cm Eco Ceramic Coating Wok (Blue) RM49.90 BEFORE RM109.90 Shop Now!

Makanan Warisan Malaysia: Resipi Masakan Autentik dan Tradisional


KINDLY ORDER BOOKS SEPARATELY IF YOU WISH TO ORDER MORE THAN ONE BOOK, THANK YOU :)

EARLY BIRD PRICE RM135 (NP: RM150) UNTIL 20/5/2021.

Kepelbagaian yang menarik tentang masakan Malaysia dipersembahkan dalam buku Makanan Warisan Malaysia: Resipi Masakan Autentik dan Tradisional. Buku ini merupakan kompilasi 230 resipi yang memperlihatkan rasa dan tekstur makanan Malaysia yang unik dan menempatkannya antara masakan dunia yang amat menarik dan beraneka pilihan.

Buku ini bukanlah buku masakan biasa. Ianya meraikan kepelbagaian kaum dan budaya tradisi masakan luar biasa yang terhasil daripada gabungan pelbagai golongan etnik, agama, budaya dan tradisi di Malaysia ~ Melayu, Cina, India, Borneo dan Indonesia, serta pengaruh dari tradisi masakan Jawa, Bugis, Belanda, Portugis, British, Arab, Turki, Sri Lanka, Peranakan, Thai dan sebagainya.

Pengenalan umum dalam buku ini menceritakan tentang latar belakang tradisi masakan daripada pelbagai budaya di malaysia serta persamaan dan dan perbezaan jenis makanan dan resipi dari negeri dan kumpulan etnik berbeza.

Kesemua 230 jenis juadah dan resipi masakan dibahagikan kepada 6 bab meliputi lauk pau yang dihidangkan bersama nasi untuk makanan harian, pelbagai cara penyediaan nasi, aneka mi istimewa dari pelbagai negeri, sarapan pilihan, pelbagai kuih-muih, manisan dan kudapan serta minuman yang menyegarkan.

Satu keterangan ringkas mengiringi setiap resipi bagi mengungkapkan ciri-ciri unik dan cerita di sebalik resipi itu. Resipi yang terperinci disertakan bersama gambar berwarna, penyenaraian setiap bahan ramuan yang digunakan dan kaedah penyediaan langkah demi langkah.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings


Write a review

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.