[CLEARANCE SALE] 32cm Eco Ceramic Coating Wok (Blue) RM49.90 BEFORE RM109.90 Shop Now!

11 Petua Menjaga Periuk dan Kuali Non-Stick

Cuba petua-petua dibawah untuk memastikan peralatan non-stick anda tahan lama:

1. Jangan gunakan sebarang bahan keluli di periuk/kuali nonstick

null

Peralatan keluli akan merosakkan permukaan periuk. Ini ciri paling penting. Jangan
potong bahan makanan di dalam periuk dengan pisau atau pemotong piza. Jangan
terbalikkan pankek dengan spatula keluli, pemutar telur, sudu atau garfu. Gunakan
peralatan yang diperbuat daripada kayu, getah, silikon, nylon atau plastik.


2. Elakkan perubahan mendadak suhu air

Mengalihkan periuk panas kepada suhu sejuk boleh menyebabkan periuk meleding
(warp) atau menjejaskan permukaannya. Biar periuk sejuk selama beberapa minit.
Peralatan memasak non-stick yang ‘rosak’ dengan cara begini menghalang
penyebaran haba secara sekata. Lama kelamaan fungsi nonsticknya berkurangan dan
hilang.


3. Cuci perkakas nonstick dengan span yang tidak mencalarkan

null

Gunakan span lembut. Permukaan nonstick sangat sensitif kepada span jenis keras,
penggosok keluli, spatula tajam dan sebarang peralatan yang boleh mencalarkan
permukaannya. Jika makanan terlekat, rendam periuk/kuali sebentar supaya ia tanggal
sendiri. Jika anda gunakan span jenis keras, anda tidak nampak calar pada lapisan
nonstick tetapi lama kelamaan ia semakin menipis.


4. Elakkan masakan berasid

Memasak makanan berasid di dalam peralatan nonstick menyebabkan permukaannya
‘mengelupas’. Bahan seperti tomato, limau/lemon, asam jawa, asam keping mampu
menimbulkan reaksi dengan lapisan nonstick dan merosakkannya. Kesan ini sama jika
anda menggunakan bekas nonstick untuk membakar makanan berasid di dalam
ketuhar.


5. Jangan panaskan peralatan nonstick begitu saja

Terus isikan minyak ke dalam kuali/periuk nonstick apabila ingin memasak. Jangan
biarkan ia panas dengan sendiri (kosong) kemudian baru letak minyak atau bahan-
bahan lain. Permukaan kuali/periuk nonstick akan mudah rosak, terutama jika terdapat
faktor negatif yang lain.


6. Simpan periuk/kuali dengan betul

null

Adalah lebih bagus jika ia disimpan dengan cara digantung dengan ruang yang
mencukupi di antara satu sama lain. Jika perlu menyimpan secara bertindan, elakkan
daripada terkena bahagian tajam atau penjuru perkakas lain. Letak tuala kecil sebagai
alas di atas kuali/periuk menghalang ia daripada tercalar terutama semasa mengangkat
atau mengubah kedudukannya.

 

7. Cuci dan keringkan perkakas nonstick setelah digunakan

Cuci dengan tangan dan keringkan selepas digunakan. Membiarkan ia lama sebelum
dicuci meninggikan risiko baki minyak menjejaskan permukaan perkakas non-stick.

Kesan yang disebabkan oleh tindakbalas dengan minyak ini sukar untuk dihilangkan
dan boleh membuat masakan melekat. Gunakan tuala bersih dan lembut untuk
mengeringkannya.


8. Jangan biar makanan yang dimasak di dalam perkakas nonstick

Jangan simpan makanan di dalam kuali/periuk nonstick. Gunakan bekas plastik untuk
menyimpan makanan. Ada masakan yang berubah rasa kerana lama diletak di dalam
perkakas memasak itu, apatah lagi kalau digunakan untuk memanaskan makanan
berkali-kali. Ia boleh menyebabkan ciri nonstick hilang, terutama apabila menyimpan
masakan yang agak masam.


9. Elakkan haba panas apabila menggunakan perkakas nonstick

Kebanyakan pembuat akan meletakkan label suhu yang patut digunakan. Jika
nonstick selapis, jangan memasak lebih daripada 375°F/185°C. Manakala perkakas
yang ada banyak lapisan nonstick boleh digunakan pada suhu lebih tinggi daripada
450°F/225°C. Suhu yang terlalu tinggi menyebabkan kuali meleding, lapisan nonstick
menggelembung (tidak terlihat oleh mata) dan ciri nonsticknya hilang.


10. Gunakan pencuci ‘lembut’ untuk mencuci perkakas nonstick

Kebanyakan cecair pencuci pinggan mangkuk yang digunakan untuk cucian dengan
tangan adalah ‘lembut’. Cecair yang digunakan untuk cucian di dalam mesin pencuci
pinggan mangkuk adalah ‘keras’. Inilah yang mungkin merosakkan permukaan
nonstick.


11. Jangan gunakan spray minyak

null


Ada orang gemar menggunakan minyak dengan cara ‘spray’ ke dalam kuali. Ini untuk
mengurangkan penggunaan minyak. Meskipun jenis minyak sayur, ia akan
merosakkan permukaan kuali. Apabila kuali panas, minyak ‘spray’ itu akan menyalut
permukaan kuali. Penggunaan jangka panjang akan menyebabkan ciri nonstick hilang.
Jadi, letak minyak di dalam kuali dengan cara yang biasa.


Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.